CASCARA / QISHR

CASCARA / QISHR

CASCARA / QISHR

Cascara adalah perkataan Sepanyol yang secara umumnya bermakna kulit buah-buahan yang kering. Dalam dunia kopi ia diguna khusus untuk kulit jambu kopi yang telah dikeringkan, direndam untuk dijadikan minuman.

Tahu kah saudara saudari, asal usul perkataan CASCARA adalah QISHR satu perkataan Arab ?

Empunya cerita, orang yang dikatakan menduniakan kopi yang asalnya dari Habshah / Ethiopia adalah mufti Yemen yang juga seorang Ahli Sufi , Muhammad bin Said Adhabbani @ GEMALEDIN. Setelah deperkenal dengan minuman teh oleh Laksamana Cheng Ho beliau tercari-cari minuman serupa. Sehinggalah beliau mengenali kopi Ethiopia dan QISHR.

Semenjak penemuan itu Qishr menjadi minuman pilihan ahli ahli Sufi, suatu minuman tidak memabukkan namun membolehkan mereka berjaga malam, berqiamulail. Apabila QISHR dan kopi dikenalkan di Mekkah maka bermulalah ledakan pertama penyebaran kopi Di Dunia Islam.

Logo Cascara Liberica House Of Kendal Coffee menunjukan Ahli Sufi penari Dervish mengingati kaitan Cascara dengan dunia Islam khususnya Gerakan Sufi dan Tareqat.

Minumlah QISHR ditambah sedikit daun pudina yang membugarkan. Cascara Liberica Malaysia boleh diperolehi di House of Kendal. Terima kasih kerana beliau yang tag house of kendal apabila bercerita tentang cascara menyebabkan PAk Esham terpanggil untuk buat coretan ini.

Comments 0

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published